Tuesday, April 23, 2019

Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Roti

Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk membuat roti :

1. Tepung
Tepung yang selalu digunakan untuk membuat roti adalah tepung high protein. Tepung jenis ini akan menjadikan roti kita lembut dan gebu berbanding tepung lain. Namun, ada juga yang berpendapat, tepung ini sahaja masih tidak cukup untuk menjadikan roti gebu dan lembut jadi mereka menambahkan bahan pelembut (bread improver) ke dalam adunan roti.

2. Gula


3. Yis
Kebanyakan pembuat roti menggunakan yis kering supaya senang mengawal proses pengembangan doh.

4. Bread improver
Ramai pembuat roti menggunakannya untuk melembutkan dan meringankan roti. Namun, dalam ebook ini, kami tidak akan mengajar anda menggunakan bread improver ini kerana kita mahu menggunakan bahan seasli yang mungkin.

5. Marjerin/Butter/Shortening (Lemak sayuran)
Bahan ini digunakan untuk menambah ikatan struktur dalaman doh supaya roti lebih menjadi. Paling banyak digunakan adalah marjerin namun roti akan lebih sedap dimakan dengan menggunakan butter tetapi ramai pembuat roti tidak menggunakannya untuk roti yang mereka jual kerana harga butter yang mahal. Jika anda masak roti untuk keluarga, sebaiknya gunakan butter kerana ia lebih sihat malah lebih sedap pula.

Shortening pula adalah lemak sayuran dan biasanya ia banyak digunakan oleh pengusaha bakeri bagi membuat roti yang besar. Seeloknya, doh disapu dengan telur sebelum dibakar bagi mengelakkannya kelihatan pucat.

6. Susu Tepung
Susu pelbagai jenama boleh digunakan namun ramai pengusaha bakeri menggunakan susu tepung timbang yang lebih murah dari yang berjenama. Jika susu tepung yang menjadi pilihan, maka air juga diperlukan. Jika tidak, memadai dengan susu dalam bentuk cecair sahaja digunakan.

7. Telur

8. Air
Air yang sejuk digunakan. Jika air tidak sejuk, tambahkan sedikit ais bagi mengawal proses pengembangan doh. Jika tidak, doh akan mengembang dengan terlalu cepat iaitu semasa ia masih lagi sedang diuli dan ini akan menyebabkan roti kurang menjadi.


Proses Membuat Roti Tanpa Mesin

Pada pendapat kami, anda perlu tahu proses yang perlu dilakukan untuk menghasilkan roti jika anda tidak mempunyai mesin roti sendiri. 
1. Mencampurkan kesemua bahan
Bagi mengadun semua bahan ini, kita boleh menggunakan tangan, food processor atau mixer. Semua bahan kering disatukan dan digaul rata. Tepung jangan dimasukkan semua sekali, tinggalkan sedikit untuk proses menguli nanti. Selepas itu, barulah bahan-bahan yang berminyak dan cecair pula dimasukkan. Gaul kesemuanya sehingga menjadi doh yang kasar dan kemudian pindahkannya ke dalam dulang untuk diuli. 
Nota : Jika menggunakan mesin roti, tidak perlu pindahkan keluar doh itu. 
2. Menguli 
Adunan beryis seperti pau, donut dan roti hendaklah diuli sehingga menghasilkan doh yang kenyal dan licin (tidak melekat dijari) sehinggalah yis didalamnya menjadi aktif dan menyebabkan roti kembang. Doh mesti diuli dengan baik, jika tidak, doh akan menjadi keras dan liat. 
Kaedah menguli mestilah dengan melipat dan menekan doh seperti yang berada di dalam link ini : 
https://www.youtube.com/watch?v=tzPbzstyunI


Pada waktu inilah, tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga teksturnya menjadi licin dan kenyal. 


3. Mengembangkan doh kali pertama (1st proving)
Proses ini boleh dilangkau jika menggunakan mesin. Jika di bakeri pula, mereka menggunakan oven yang khas untuk mengembangkan doh. Jika anda tidak mempunyai mesin, maka letakkan sahaja doh itu di tempat yang agak hangat. Elakkan kipas yang terpasang. 

Doh yang telah diuli tadi dibulatkan dan dimasukkan ke dalam satu bekas besar dan ditutup dengan plastik supaya ia tidak kering. Doh dibiarkan naik 2-3 kali ganda dari saiz asal dalam masa lebih kurang 45 minit. Sebab itu, ramai yang suka menggunakan mesin sahaja bagi menjimatkan masa menunggu yang lama ini. 

4. Membuang gelembung angin
Yis yang hidup akan mengeluarkan karbon dioksida atau angin dan disebabkan itulah doh menjadi kembang. Jadi, angin ini perlu dikeluarkan semula dengan cara menumbuk doh ini satu kali sehingga kempis. Kemudian, uli doh itu semula ke bentuk asalnya. Waktu ini, doh akan menjadi lebih lembut dan boleh dibentuk mengikut citarasa kita. Jika kita menggunakan mesin, proses ini juga boleh diabaikan. 

5. Mengembangkan doh kali kedua (2nd proving)
Doh yang telah dibuang angin sudah boleh dibentuk dan kemudian bolehlah disusun di atas dulang pembakar dan biarkan ia naik dua kali ganda dari saiz asal dalam masa 20 minit. 

6. Gris
Doh yang telah kembang boleh digriskan dengan campuran susu dan telur supaya roti kelihatan berkilat dan lebih cantik. Selepas itu bolehlah dihiasi dengan keju parut, bijan, kekacang, kismis atau apa sahaja yang sesuai. 

7. Membakar
Selepas digriskan, roti kini sudah boleh dibakar dalam suhu 180C selama 15-20 minit. Selepas dibakar, roti akan menjadi kecut sedikit dan ringan. 

8. Menyimpan
Jika roti tidak dimakan terus, simpan roti yang telah sejuk ke dalam bekas kedap udara atau plastik yang berikat. Jika dibiarkan terdedah, ia akan cepat kering dan keras. 

Monday, April 8, 2019

Kenapa Roti Tidak Menjadi


















https://www.rasa.my/15-kejadian-roti-tak-menjadi-yang-perlu-anda-tahu-sebelum-mula-baking-2/






DOH TAK KEMBANG

ROTI PUCAT

ROTI MEREKAH

ROTI KECUT

ROTI PENYEK

BAHAGIAN ATAS ROTI MEREKAH

BAHAGIAN BAWAH ROTI TIDAK MASAK

KERAK ROTI TEBAL

ROTI BERAT DAN PADAT

ROTI LEMBAP DAN KASAR

ROTI NAMPAK BERTALI GELAP

ROTI KERING DAN KASAR
Tepung terlalu banyak dalam doh dan tidak diuli secukupnya. Suhu terlalu panas ketika roti dibaka

ROTI ADA LUBANG
Ketika doh dibentuk, udara di dalamnya tidak dibuang atau doh dikembangkan terlalu lama

ROTI BERBAU DAN ADA RASA YIS
Doh roti melalui proses pengembangan yang terlalu lama serta dikembangkan di tempat yang terlalu panas.

ROTI MASAM
Doh dibiarkan untuk kembang terlalu lama sebelum dibakar dan diletakkan di tempat panas


Mesin Yang Diperlukan

Mahu menguli dengan tangan dipersilakan. Tiada masalah pun sebenarnya. Namun, pendapat peribadi kami, seseorang itu perlu mempunyai kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan roti yang menjadi. Pernah dahulu, akibat dari keputusan suami tidak membenarkan saya membeli roti dan biskut di pasaran maka saya pun mula membuat roti sendiri. Hasilnya, roti keras! Namun tetap dihabiskan juga oleh anak-anak.

Ada orang kata, lebih baik ada mesin roti yang mampu menguli dan membakar terus. Ya, betul. Namun ia bersyarat jika kita menggunakan resipi yang betul. Jadi, disini kami akan mengajarkan kepada kalian cara membuat roti dengan mesin roti yang sangat membantu berserta resipi yang sangat diperakui kemenjadiannya.

In syaa ALLAH, selepas belajar resipi kami dan mesin roti yang kami maksudkan pula digunakan, maka sambil menggendong anak pun roti boleh disediakan.

Mesin yang kami sarankan adalah NOXXA BREADMAKER.

Kenapa oven ini menjadi pilihan ramai?

1. Ia boleh menguli tepung untuk dibuat roti dan pizza, malah pau dan donut juga.

2. Selepas menguli, jika kita mahu bentukkan roti itu, maka kita boleh sahaja mengeluarkan bekas penguli dan bentukkan doh sebelum memasukkan rak ke dalam oven dan dibakar.

3. Oven ini direka khusus untuk membakar roti. Doh akan dibakar dengan sempurna tanpa perlu kita bimbang ia terlebih garing atau terkurang masak.




Nak tahu kenapa kami pilih bread maker jenis ini untuk membuat roti?
Pertama - Oven jenis ini direka dalam bentuk 2 in 1 di mana mesin penguli dan oven pembakar di gabungkan dalam satu mesin
Kedua -  Ovennya direka khusus untuk membakar roti. Jadi ia membakar dengan sempurna tanpa kita perlu bimbang ia terlebih garing/ hitam atau terkurang masak. Timer yang disediakan amat membantu.
Ketiga -  Roti yang dibakar menerbitkan warna yang sekata dan sangat cantik  kekuningan.
Keempat - Mesin ini adalah tahan lasak walaupun digunakan setiap hari dalam masa yang panjang. 

Kenapa Kita Perlu Buat Roti Sendiri

Membuat roti sebenarnya tidak susah pun. Maka kami ingin mengajak anda untuk belajar meroti sendiri. 

Mudah

Sungguh, ia sangat mudah dan sangat berbaloi untuk belajar membuatnya kerana kebanyakan dari kita kerap makan roti.

Murah

Kos bahan sebenarnya tidaklah tinggi. Untuk satu doh, kita hanya perlukan setengah kilo tepung, sedikit mentega, sebiji telur, sedikit yis, garam, gula dan susu. Hasil dari 500g tepung yang telah diadun ini akan menjadi sekilo doh dan darinya akan terhasil sebuku roti paun atau satu ke dua tray roti ban. Jika kosnya murah, bermaksud kita dapatlah menjimatkan lagi perbelanjaan kita bukan?

Bahan yang digunakan boleh dikawal

Kita boleh memilih untuk menggunakan tepung tanpa peluntur yang mana tepung jenis ini lebih baik dari tepung yang telah dilunturkan. Kita juga boleh mengelakkan penggunaan pengawet, bread improver dan shortening dalam adunan roti. Kandungan gula dan garam yang berlebihan juga dapat dielakkan. Kita juga boleh menukarkan marjerin kepada butter yang lebih baik dan telur kepada bahan lain. Jika alah kepada susu juga ada alternatifnya.

Jom Buat Roti Sendiri

Di rumah, biasanya kalau tiada nasi, kita akan cari roti untuk melegakan perut yang lapar. Roti sesuai menggantikan nasi kerana padanya ada sumber karbohidrat yang diperlukan oleh tubuh kita setiap hari.

Namun, kebanyakan dari kita makan roti yang dibeli, tidak seperti nasi yang kebiasaannya akan dimasak juga dengan kadar yang kerap. Kenapa begitu agaknya?

Kebiasaannya juga, roti yang kita beli adalah dipengaruhi oleh pilihan anak-anak kita. Kanak-kanak pula lebih sukakan roti yang manis dan berwarna-warni dengan topping dan hiasan yang pelbagai. Kalau pergi ke kedai, dapatlah kita melihat roti yang pelbagai daripada sandwich, roti paun, bersalut pula dengan chees, topping mayonis dan sos dan macam-macam lagi.

Nampak macam rumit sahaja membuatnya namun jika dipelajari, amat mudah sekali. contoh, jika mahu makan roti paun, kita hanya perlu masukkan bahan, tekan suis, set timer dan tinggalkan mesin roti menyiapkan roti kita. kita boleh buat kerja lain ketika itu. Kalau perlu buat roti beraneka, kita hanya perlu bentukkan doh dan letak bahan yang kita mahukan di atas atau di dalamnya sahaja. Begitu juga dengan pizza. Asasnya sama seperti membuat roti juga.

Jadi, apa kata jom kita buat roti sendiri!

Apa? Tak tau nak belajar dimana? Risau roti yang dimasak sendiri tidak sama dengan roti yang dibeli dari bakery?

Roti yang dibeli dari bakeri dibuat dengan menggunakan peralatan seperti mixer dan oven yang tertentu, kawalan mutunya pula ketat dan teknik pembuatan pastilah tidak sama dengan apa yang kita buat di rumah.

Jangan bimbang, dengan ebook ini, anda akan dapat resipi pasti menjadi in syaa ALLAH. Paling penting, anda hendaklah mulakan dengan bahan yang kami ajarkan kepada anda terlebih dahulu. Buat berulangkali sehingga rasa sudah mahir. Rasai teksturnya dan kemudian, selepas itu bolehlah anda tukarkan kepada bahan lain sekiranya perlu dan mahu tukar kepada bahan apa pun kami akan ajarkan di sini. Ikut sahaja langkah demi langkah yang ditunjukkan ya!