Pada pendapat kami, anda perlu tahu proses yang perlu dilakukan untuk menghasilkan roti jika anda tidak mempunyai mesin roti sendiri.
1. Mencampurkan kesemua bahan
Bagi mengadun semua bahan ini, kita boleh menggunakan tangan, food processor atau mixer. Semua bahan kering disatukan dan digaul rata. Tepung jangan dimasukkan semua sekali, tinggalkan sedikit untuk proses menguli nanti. Selepas itu, barulah bahan-bahan yang berminyak dan cecair pula dimasukkan. Gaul kesemuanya sehingga menjadi doh yang kasar dan kemudian pindahkannya ke dalam dulang untuk diuli.
Nota : Jika menggunakan mesin roti, tidak perlu pindahkan keluar doh itu.
2. Menguli
Adunan beryis seperti pau, donut dan roti hendaklah diuli sehingga menghasilkan doh yang kenyal dan licin (tidak melekat dijari) sehinggalah yis didalamnya menjadi aktif dan menyebabkan roti kembang. Doh mesti diuli dengan baik, jika tidak, doh akan menjadi keras dan liat.
Kaedah menguli mestilah dengan melipat dan menekan doh seperti yang berada di dalam link ini :
https://www.youtube.com/watch?v=tzPbzstyunI
Pada waktu inilah, tepung dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga teksturnya menjadi licin dan kenyal.
No comments:
Post a Comment