Berikut adalah bahan yang diperlukan untuk membuat roti :
1. Tepung
Tepung yang selalu digunakan untuk membuat roti adalah tepung high protein. Tepung jenis ini akan menjadikan roti kita lembut dan gebu berbanding tepung lain. Namun, ada juga yang berpendapat, tepung ini sahaja masih tidak cukup untuk menjadikan roti gebu dan lembut jadi mereka menambahkan bahan pelembut (bread improver) ke dalam adunan roti.
2. Gula
3. Yis
Kebanyakan pembuat roti menggunakan yis kering supaya senang mengawal proses pengembangan doh.
4. Bread improver
Ramai pembuat roti menggunakannya untuk melembutkan dan meringankan roti. Namun, dalam ebook ini, kami tidak akan mengajar anda menggunakan bread improver ini kerana kita mahu menggunakan bahan seasli yang mungkin.
5. Marjerin/Butter/Shortening (Lemak sayuran)
Bahan ini digunakan untuk menambah ikatan struktur dalaman doh supaya roti lebih menjadi. Paling banyak digunakan adalah marjerin namun roti akan lebih sedap dimakan dengan menggunakan butter tetapi ramai pembuat roti tidak menggunakannya untuk roti yang mereka jual kerana harga butter yang mahal. Jika anda masak roti untuk keluarga, sebaiknya gunakan butter kerana ia lebih sihat malah lebih sedap pula.
Shortening pula adalah lemak sayuran dan biasanya ia banyak digunakan oleh pengusaha bakeri bagi membuat roti yang besar. Seeloknya, doh disapu dengan telur sebelum dibakar bagi mengelakkannya kelihatan pucat.
6. Susu Tepung
Susu pelbagai jenama boleh digunakan namun ramai pengusaha bakeri menggunakan susu tepung timbang yang lebih murah dari yang berjenama. Jika susu tepung yang menjadi pilihan, maka air juga diperlukan. Jika tidak, memadai dengan susu dalam bentuk cecair sahaja digunakan.
7. Telur
8. Air
Air yang sejuk digunakan. Jika air tidak sejuk, tambahkan sedikit ais bagi mengawal proses pengembangan doh. Jika tidak, doh akan mengembang dengan terlalu cepat iaitu semasa ia masih lagi sedang diuli dan ini akan menyebabkan roti kurang menjadi.
No comments:
Post a Comment