Membuat roti sebenarnya tidak susah pun. Maka kami ingin mengajak anda untuk belajar meroti sendiri.
Mudah
Sungguh, ia sangat mudah dan sangat berbaloi untuk belajar membuatnya kerana kebanyakan dari kita kerap makan roti.
Murah
Kos bahan sebenarnya tidaklah tinggi. Untuk satu doh, kita hanya perlukan setengah kilo tepung, sedikit mentega, sebiji telur, sedikit yis, garam, gula dan susu. Hasil dari 500g tepung yang telah diadun ini akan menjadi sekilo doh dan darinya akan terhasil sebuku roti paun atau satu ke dua tray roti ban. Jika kosnya murah, bermaksud kita dapatlah menjimatkan lagi perbelanjaan kita bukan?
Bahan yang digunakan boleh dikawal
Kita boleh memilih untuk menggunakan tepung tanpa peluntur yang mana tepung jenis ini lebih baik dari tepung yang telah dilunturkan. Kita juga boleh mengelakkan penggunaan pengawet, bread improver dan shortening dalam adunan roti. Kandungan gula dan garam yang berlebihan juga dapat dielakkan. Kita juga boleh menukarkan marjerin kepada butter yang lebih baik dan telur kepada bahan lain. Jika alah kepada susu juga ada alternatifnya.
No comments:
Post a Comment